Saturday 10 December 2011

expressing a bit....

..ada orang kata cuti sekolah seronok,especially hujung tahun..betui ka? tah..pada aku bosan aje! dok rmh bela badan,bertenet, jadi surirumah, and everyday is just the same..hui so bored! futhermore banyak preparation nak kena buat untuk: final exam bulan Januari 2012, new baby coming into the family and the cooking routine..no holiday or enjoying some of the time outside..sebab belum gaji (hehe!) so, Insyaallah,plan  nak start saving some money kalu nk p holiday with the family..tapi tau2 je la..duit ni berhantu! perkara yg unexpected selalu terjadi..anak sakit,kereta sakit, rumah pun kdg2 boleh sakit jgk..last2 aku yg sakit hati! alahaiiii....utk next year mmg kena hati2 sebab the spending on anak2 akan bertambah, harga barang pun tobat akan naik! Rezki Allah ada dimana-mana..yg penting kena pandai jaga the money flow..unless you are born with a mountain of gold..hehe! hmmm..but bersyukur la dgn apa yang aku ada sbb ada ramai lg org kat luar sana yg tak bernasib baik mcm aku..
           2012..hopefully will bring a new leaf for me..better school and workplace surrounding, a healthy baby, another 2 semesters to enjoy, my parents who are very supportive will always stay healthy and happy, my siblings, WE will always stay united and connected because I love you so much! my son who is attending his first kindergarten experience..Umi hopes u will enjoy it,dear! and to my hubby....i love you so much!
          And my fellow friends..enjoy your life yaa....
       

Monday 5 December 2011

its been a very long time...

wahhh..betui2 dah lama update my blog..nampak sgt dah bersawang..banyak sgt benda nk kena buat..last update pon bln 7 2011..hehe..before final exam..ni dah bape bln daaa! sampai nak jumpa final exam sem 2 plk..
 sori la..cikgu mmg byk keja apatah lagi bila mengajaq kelas perdana..kena pulun habis-habisan! tup2 satu lagi rezeki Allah nk bagi..I AM PREGNANT you all..hehe..INSYAALLAH, due date nyer bulan Mac 2012..doakan saya ek! ha..right now, time to study balik..alolo..tak sempat nak enjoy puas2 cuti sekolah ni..banyak nk kena cover..maklumla otak dah 31 tahun..banyak yang nak kena brush up! subjects pun boleh tahan heavy.sabaq je la ek nak wat camana ..sapa suruh study time2 cam ni?? apapun alhamdullillah..tak ramai orang sanggup akan especially bila dah berada di comfort zone. anyway, I hope all of you will live all of the every second Allah spare on us..till then..sayonara!






haha..yang ni gambar saya dengan anak buah dan anak lelaki saya..boleh tahan 'sehat'nyer..uminya pun sama jgk..hehe!



tengok betapa bambam nya anak buah saya ni..geram dengan NUR HANNAH DAMIA ni tau! anak buah saya ni dilahirkan dgn cleft lips tapi she is a very strong baby..and now she is recovered and totally THE MOST ADORABLE niece I have!


this is my son yang akan jadi abang tak lama lagi..when visiting his little baby Damia, he will asked his aunt Anne, 'ada tak nasi hospital?' suka sungguh dia dgn nasi hospital tu..padahal adik saya yang berkampung seminggu dah cemuih dgn nasi tu..takpe bila anak saya makan takder lah membazirkan?? hoho..

Thursday 14 July 2011

my new trial...

Disebabkan banyak sangat stok durian di rumah, saya pun try la buat cheesecake durian. Rasanya yang 100% durian memang membuatkan suami saya makan bertambah-tambah.Senang ja nak buat..nk rasa? boleh mai rumah..hehehe..

Monday 11 July 2011

aktiviti SK SERI PERDANA

KNOWLEDGE DISCOVERY SPELLING COMPETITION
KOTA SETAR DISTRICT LEVEL 
   yang diadakan di SK KEBUN PINANG pada 10 Julai 2011 


Sebelum pusingan pertama bermula, peserta diberikan  jamuan
dan tiga orang murid ini wakil SK SERI PERDANA


Antara peserta yang layak pada pusingan pertama

Muhammad Hafiz yang berjaya layak ke pusingan ke dua

Penonton yang serius menanti jawapan yang tepat

Thursday 7 July 2011

Menjelang Ramadhan Nan Barakah

Haa....tak lama lagi kita umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah dengan 1001 barakah malah, Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 'Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka(puasa) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya.'
Waktu iftar adalah salah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa.Oleh kerana terlalu gembira,kadangkala kita terlupa yang kita telah boros dalam perbelanjaan membeli juadah. Bila sedang lapar,semua nak dimakannya, ya tak?..tapi, amalan membazir kan dilarang Allah sehinggakan Allah menganggap orang yang membazir itu saudara syaitan. Allah berfirman yang bermaksud 'Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya'(Surah al-Isra', ayat 27)
Di sini saya sertakan sedikit tips agar kawan-kawan dapat membarakahkan lagi bulan yang mulia ini.
        Mencari keberkatan
1) Baginda Rasullullah SAW menggalakkan kita menyegerakan berbuka tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain.
2) Jika tak ada kurma boleh minum air dulu kemudian tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makanan yang lain.
3) Puasa juga satu latihan praktikal dalam mendidik roh,minda,jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan pada Allah.
4) Selain menahan lapar dan dahaga, erti puasa juga luas iaitu mata,telinga,lidah dan anggota badan lain juga harus 'puasa' agar amalan yang dilakukan tidak sia-sia.
5) Sebenarnya harta kekayaan adalah nikmat kurniaan Allah kepada seseorang dan Allah juga menjadikan kekayaan itu sebgai ujian kepada hamba-Nya.
         
          Hidupkan Ramadhan dengan Al-Quran
1) Lakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan penuh SEMANGAT!
2) Jangan jadikan SIBUK sebagai alasan untuk mengabaikan pelbagai kenikmatan yang Allah janjikan pada bulan ini yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.
3) Melaksanakan qiamullail sekerap mungkin.
4) Membuat sasaran untuk menghafaz atau mengkhatam Al-Quran sebagai salah satu cara mencari rahmatnya.
5) Meningkatkan silaturrahim bersama keluarga dan saudara mara. Maafkan mereka jika ada yang berbuat silap terhadap anda. Cara ini dapat memberi kita ketenangan jiwa.
6) Banyakkan BERSEDEKAH kepada insan yang memerlukan seperti ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan juga jangan lupa KELUARKAN ZAKAT.
7) RINGANKAN KAKI ke MASJID untuk SOLAT FARDHU DAN TERAWIH
8) Perbanyakkan ZIKIR,ISTIGHFAR dan DOA.

  Mintak maaf la sikit saja tips yang dapat saya sertakan..tapi, yang penting kawan-kawan dapat sedikit tips untuk menjalani ibadah ini nanti..RAMADHAN AL MUBARAK! Ahlan Wa Sahlan...

Monday 6 June 2011

sapa nak durian??


Anak saya ni teruja dengan durian. Cuti kami sekolah yang lalu,kami sekeluarga  menghadiri  kenduri kahwin di Kuala Nerang. Rumah pengantin pula macam dalam dusun durian. Pokok durian tak usah cerita la..atas kepala buah durian berketul-ketul. Geram pun ya! Anak saya apa lagi..cepat aja kutip durian yang jatuh tu. Dalam kereta sibuk menceceh..durian-durian! 2 biji singgit!..dah macam Mail UPIN IPIN pulak..

my favourite past time

bila ada masa lapang, saya suka membaca. Novel-novel ini adalah novel yang saya kumpul dari zaman belajar lagi. Hobi ini terus kekal sampai sekarang. Mungkin hasil daripada didikan semasa kecil. My parents pula, suka beli bahan-bahan bacaan untuk saya dan adik-adik. Jadi, dengan sebab tu lah hobi tu lekat sampai hari ini. Nasib baik hubby tak bising bila saya beli novel baru setiap bulan..Alhamdulillah..
Penulis yang menjadi kesukaan saya tentulah NORHAYATI BERAHIM. Karyanya banyak menyentuh tentang masyarakat sekeliling dengan sisi yang berbeza. Lontaran idea itu juga boleh digunakan dalam hidup kita. Selain itu saya juga berminat dengan gaya penulisan ANIS AYUNI. Memang touching habis ceritanya. Siap boleh mengalir airmata..Semoga dunia penulisan Malaysia akan setanding dengan penulisan Barat. Selain itu, baca novel ni jugak boleh release tension especially tension exam..hehe!

Sunday 5 June 2011

ICT in learning and teaching of English

http://ictinenglishteaching.blogspot.com/

After hours of searching, I found this site. From my thorough reading of this blog, I found that there are many ways in helping, expose teachers to use the ICT in their teaching. Besides, the given examples are using ICT to the fullest. By ride, students are also exposed to the technology skills when handling the project. There are also websites for teachers to use and use in the lesson such a stimuli. The four skills in English are also intergrated in each activities such as game.