Disebabkan banyak sangat stok durian di rumah, saya pun try la buat cheesecake durian. Rasanya yang 100% durian memang membuatkan suami saya makan bertambah-tambah.Senang ja nak buat..nk rasa? boleh mai rumah..hehehe..
Thursday, 14 July 2011
Monday, 11 July 2011
aktiviti SK SERI PERDANA
KNOWLEDGE DISCOVERY SPELLING COMPETITION
KOTA SETAR DISTRICT LEVEL
KOTA SETAR DISTRICT LEVEL
yang diadakan di SK KEBUN PINANG pada 10 Julai 2011
Sebelum pusingan pertama bermula, peserta diberikan jamuan
dan tiga orang murid ini wakil SK SERI PERDANA
Antara peserta yang layak pada pusingan pertama
Muhammad Hafiz yang berjaya layak ke pusingan ke dua
Penonton yang serius menanti jawapan yang tepat
Thursday, 7 July 2011
Menjelang Ramadhan Nan Barakah
Haa....tak lama lagi kita umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah dengan 1001 barakah malah, Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 'Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka(puasa) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya.'
Waktu iftar adalah salah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa.Oleh kerana terlalu gembira,kadangkala kita terlupa yang kita telah boros dalam perbelanjaan membeli juadah. Bila sedang lapar,semua nak dimakannya, ya tak?..tapi, amalan membazir kan dilarang Allah sehinggakan Allah menganggap orang yang membazir itu saudara syaitan. Allah berfirman yang bermaksud 'Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya'(Surah al-Isra', ayat 27)
Di sini saya sertakan sedikit tips agar kawan-kawan dapat membarakahkan lagi bulan yang mulia ini.
Mencari keberkatan
1) Baginda Rasullullah SAW menggalakkan kita menyegerakan berbuka tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain.
2) Jika tak ada kurma boleh minum air dulu kemudian tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makanan yang lain.
3) Puasa juga satu latihan praktikal dalam mendidik roh,minda,jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan pada Allah.
4) Selain menahan lapar dan dahaga, erti puasa juga luas iaitu mata,telinga,lidah dan anggota badan lain juga harus 'puasa' agar amalan yang dilakukan tidak sia-sia.
5) Sebenarnya harta kekayaan adalah nikmat kurniaan Allah kepada seseorang dan Allah juga menjadikan kekayaan itu sebgai ujian kepada hamba-Nya.
Hidupkan Ramadhan dengan Al-Quran
1) Lakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan penuh SEMANGAT!
2) Jangan jadikan SIBUK sebagai alasan untuk mengabaikan pelbagai kenikmatan yang Allah janjikan pada bulan ini yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.
3) Melaksanakan qiamullail sekerap mungkin.
4) Membuat sasaran untuk menghafaz atau mengkhatam Al-Quran sebagai salah satu cara mencari rahmatnya.
5) Meningkatkan silaturrahim bersama keluarga dan saudara mara. Maafkan mereka jika ada yang berbuat silap terhadap anda. Cara ini dapat memberi kita ketenangan jiwa.
6) Banyakkan BERSEDEKAH kepada insan yang memerlukan seperti ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan juga jangan lupa KELUARKAN ZAKAT.
7) RINGANKAN KAKI ke MASJID untuk SOLAT FARDHU DAN TERAWIH
8) Perbanyakkan ZIKIR,ISTIGHFAR dan DOA.
Mintak maaf la sikit saja tips yang dapat saya sertakan..tapi, yang penting kawan-kawan dapat sedikit tips untuk menjalani ibadah ini nanti..RAMADHAN AL MUBARAK! Ahlan Wa Sahlan...
Monday, 6 June 2011
sapa nak durian??
Anak saya ni teruja dengan durian. Cuti kami sekolah yang lalu,kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin di Kuala Nerang. Rumah pengantin pula macam dalam dusun durian. Pokok durian tak usah cerita la..atas kepala buah durian berketul-ketul. Geram pun ya! Anak saya apa lagi..cepat aja kutip durian yang jatuh tu. Dalam kereta sibuk menceceh..durian-durian! 2 biji singgit!..dah macam Mail UPIN IPIN pulak..
my favourite past time
bila ada masa lapang, saya suka membaca. Novel-novel ini adalah novel yang saya kumpul dari zaman belajar lagi. Hobi ini terus kekal sampai sekarang. Mungkin hasil daripada didikan semasa kecil. My parents pula, suka beli bahan-bahan bacaan untuk saya dan adik-adik. Jadi, dengan sebab tu lah hobi tu lekat sampai hari ini. Nasib baik hubby tak bising bila saya beli novel baru setiap bulan..Alhamdulillah..
Penulis yang menjadi kesukaan saya tentulah NORHAYATI BERAHIM. Karyanya banyak menyentuh tentang masyarakat sekeliling dengan sisi yang berbeza. Lontaran idea itu juga boleh digunakan dalam hidup kita. Selain itu saya juga berminat dengan gaya penulisan ANIS AYUNI. Memang touching habis ceritanya. Siap boleh mengalir airmata..Semoga dunia penulisan Malaysia akan setanding dengan penulisan Barat. Selain itu, baca novel ni jugak boleh release tension especially tension exam..hehe!
Sunday, 5 June 2011
ICT in learning and teaching of English
http://ictinenglishteaching.blogspot.com/
After hours of searching, I found this site. From my thorough reading of this blog, I found that there are many ways in helping, expose teachers to use the ICT in their teaching. Besides, the given examples are using ICT to the fullest. By ride, students are also exposed to the technology skills when handling the project. There are also websites for teachers to use and use in the lesson such a stimuli. The four skills in English are also intergrated in each activities such as game.
Saturday, 4 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
