Haa....tak lama lagi kita umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah dengan 1001 barakah malah, Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 'Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka(puasa) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya.'
Waktu iftar adalah salah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa.Oleh kerana terlalu gembira,kadangkala kita terlupa yang kita telah boros dalam perbelanjaan membeli juadah. Bila sedang lapar,semua nak dimakannya, ya tak?..tapi, amalan membazir kan dilarang Allah sehinggakan Allah menganggap orang yang membazir itu saudara syaitan. Allah berfirman yang bermaksud 'Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya'(Surah al-Isra', ayat 27)
Di sini saya sertakan sedikit tips agar kawan-kawan dapat membarakahkan lagi bulan yang mulia ini.
Mencari keberkatan
1) Baginda Rasullullah SAW menggalakkan kita menyegerakan berbuka tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain.
2) Jika tak ada kurma boleh minum air dulu kemudian tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makanan yang lain.
3) Puasa juga satu latihan praktikal dalam mendidik roh,minda,jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan pada Allah.
4) Selain menahan lapar dan dahaga, erti puasa juga luas iaitu mata,telinga,lidah dan anggota badan lain juga harus 'puasa' agar amalan yang dilakukan tidak sia-sia.
5) Sebenarnya harta kekayaan adalah nikmat kurniaan Allah kepada seseorang dan Allah juga menjadikan kekayaan itu sebgai ujian kepada hamba-Nya.
Hidupkan Ramadhan dengan Al-Quran
1) Lakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan penuh SEMANGAT!
2) Jangan jadikan SIBUK sebagai alasan untuk mengabaikan pelbagai kenikmatan yang Allah janjikan pada bulan ini yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.
3) Melaksanakan qiamullail sekerap mungkin.
4) Membuat sasaran untuk menghafaz atau mengkhatam Al-Quran sebagai salah satu cara mencari rahmatnya.
5) Meningkatkan silaturrahim bersama keluarga dan saudara mara. Maafkan mereka jika ada yang berbuat silap terhadap anda. Cara ini dapat memberi kita ketenangan jiwa.
6) Banyakkan BERSEDEKAH kepada insan yang memerlukan seperti ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan juga jangan lupa KELUARKAN ZAKAT.
7) RINGANKAN KAKI ke MASJID untuk SOLAT FARDHU DAN TERAWIH
8) Perbanyakkan ZIKIR,ISTIGHFAR dan DOA.
Mintak maaf la sikit saja tips yang dapat saya sertakan..tapi, yang penting kawan-kawan dapat sedikit tips untuk menjalani ibadah ini nanti..RAMADHAN AL MUBARAK! Ahlan Wa Sahlan...
salam..wah..awalnya peringt bulan posa...bagus2 dpt pahala
ReplyDeleteBulan yang penuh barokah... Semoga kita dapat meningkatkan amalan dan rasa taqwa sebagai seorang hamba kepada penciptanya.....
ReplyDeleteBestnya posa & raya tanpa sibuk tugasan2 yg memeningkan kepala......
bulan ramadhan bulan yang mulia..sama-samalah kita hayatinya.
ReplyDelete