Syukran Ya Allah..
Aku disahkan preggy oleh doktor dlm bln april 2014..yehuu..pd awalnya mmg terkejut tp pelan2 aku redha..then, tarikh EDD aku 22.12.2014..
Sama seperti 2 pregnancies yg lps aku tak merasakan apa2 kelainan cuma aku nk mkn buah pelam muda sj..kata kawan2 kat sekolah (aku cikgu), aku preggy baby girl lah kot..hehe..apa depa kata aku aminkan sj..dgn harapan smg aku dpt anak pompuan mcm yg depa dok kata.
Everything went smooth start dgn first checkup by Doctor Anuar Hussaini di INS pd bln pertama. Doc tu jgk penah sambut Rayyan ke dunia..baik,softspoken,and a very good doctor. Aku rekomen doc tua kalau korang mmg tgh preggy esp.yg dok di alor setar..
Then, pd 4.07.2014 was my second checkup..and that was the day yg menggegarkan emosi aku..my 4 months baby in my womb dh tak ada heartbeat means baby tu dh meninggal dunia dalam kandungan.Allahuakbar. Aku tahan airmata drpd mengalir dpn doktor dan nurse yg comel tu. Cuba beriak tenang walaupun dlm hati dah dibadai tsunami. Dalam kereta aku menanges sesungguhnya. Kemudian bl dh reda skt..aku kol Pydah..tell her everything baru aku drove home.
Sampai rmh, aku tgk muka suami. Berhambur plk aku nanges bl aku bgtau dia yg baby dah x ada. Dia terus berpeluh sejuk
Dia pon x jangka nk jadi gitu..ya..mmg, tp ini rencana Allah.
Doktor bg aku tarikh utk admit ward dan dia akan jalankn prosedur utk keluarkan bayi tu. So..on 6.07.2014 aku admit ward di INS Alor Setar. It was a very painful journey. Awal tu nurse masukkan ubat n bg aku mkn ubat nk buka pintu rahim. Then pukul 3pm baru doc datang dan bubuh another 2pills. Then sakitnya makin teruk. Aku mtk nk ke labor room. Bl atas katil tu saja aku rasa darah keluar mcm air pili. Laju sampailah nurse kena tukar alas tu 2 kali. Banyakkan?
Akhirnya bila sdh terlampau byk darah yg keluar, doc putuskan yang dia akan bagi aku ubat yg di drip dan terus aku tidor sepanjang proses keluarkn baby..kata doctor kontraksi yg akan buat baby tu keluar sendiri..tp sampai ke sudah tak keluar jgk..so that why doc amik keputusan utk tidorkan aku..the rest aku x ingat dah..sedar2 lps 2 jam tertidor aku tgk everything dh selesai,perut dh kempis, sakit kontraksi dh hilang dan kaki aku yg awal tu sejuk dah jadi panas balik dan aku di selimut dlm labor room yg sejuk tp aku rasa sgt panas.
Bila sedar suami aku dtg and bagitau yg dia nk uruskan pengkebumian mayat baby kami. Baby tu baby boy. Alhamdulillah dia meninggal dlm bulan puasa dan pada hari yg baik iaitu hari Jumaat. Semestinya aku kena redha dgn apa yg berlaku. Hati ummi mana yg x sedih bl anak yg dikandung terlebih dulu meninggalkannya. Sekurang kurangnya dia akan tunggu aku di akhirat sana.
Sesungguhnya aku tahu ujian yg diberikan Allah utk aku ini terlampau kecil jika nk dibandingkan dgn ujian yg menimpa orang lain. Syukran kerana memilih aku menjadi hamba yang di uji. Aku belajar erti insaf. Aku belajar erti kebesaran. Aku belajar utk koreksi diri. Aku belajar utk terus tetapkan hati utk ikhlas menerima dugaan Allah. Aku belajar utk perbanyakkan ibadahku utkNya. Aku belajar tentang segala galanya.
Tapi...Allah itu maha adil. Allah ambil satu daripada aku tapi Allah berikan aku dua permata yang masih perlu aku jaga dan aku didik menjadi hambaMu yang soleh..
Semoga Muhammad tenang di dalam dakapan Allah. TUNGGU Umi , Abah, Abang Firas dan Abang Rayyan di sana. Semoga kita menjadi satu keluarga di sana. Terima kasih syg kerana menghuni rahim Umi walau seketika cuma..syukran ya Allah di atas ujianMu di bulan Ramadhan 1435H yang indah ini..
Sehingga jumpa lagi.
me and my blog...
Wednesday, 9 July 2014
Saturday, 10 December 2011
expressing a bit....
..ada orang kata cuti sekolah seronok,especially hujung tahun..betui ka? tah..pada aku bosan aje! dok rmh bela badan,bertenet, jadi surirumah, and everyday is just the same..hui so bored! futhermore banyak preparation nak kena buat untuk: final exam bulan Januari 2012, new baby coming into the family and the cooking routine..no holiday or enjoying some of the time outside..sebab belum gaji (hehe!) so, Insyaallah,plan nak start saving some money kalu nk p holiday with the family..tapi tau2 je la..duit ni berhantu! perkara yg unexpected selalu terjadi..anak sakit,kereta sakit, rumah pun kdg2 boleh sakit jgk..last2 aku yg sakit hati! alahaiiii....utk next year mmg kena hati2 sebab the spending on anak2 akan bertambah, harga barang pun tobat akan naik! Rezki Allah ada dimana-mana..yg penting kena pandai jaga the money flow..unless you are born with a mountain of gold..hehe! hmmm..but bersyukur la dgn apa yang aku ada sbb ada ramai lg org kat luar sana yg tak bernasib baik mcm aku..
2012..hopefully will bring a new leaf for me..better school and workplace surrounding, a healthy baby, another 2 semesters to enjoy, my parents who are very supportive will always stay healthy and happy, my siblings, WE will always stay united and connected because I love you so much! my son who is attending his first kindergarten experience..Umi hopes u will enjoy it,dear! and to my hubby....i love you so much!
And my fellow friends..enjoy your life yaa....
Monday, 5 December 2011
its been a very long time...
wahhh..betui2 dah lama update my blog..nampak sgt dah bersawang..banyak sgt benda nk kena buat..last update pon bln 7 2011..hehe..before final exam..ni dah bape bln daaa! sampai nak jumpa final exam sem 2 plk..
sori la..cikgu mmg byk keja apatah lagi bila mengajaq kelas perdana..kena pulun habis-habisan! tup2 satu lagi rezeki Allah nk bagi..I AM PREGNANT you all..hehe..INSYAALLAH, due date nyer bulan Mac 2012..doakan saya ek! ha..right now, time to study balik..alolo..tak sempat nak enjoy puas2 cuti sekolah ni..banyak nk kena cover..maklumla otak dah 31 tahun..banyak yang nak kena brush up! subjects pun boleh tahan heavy.sabaq je la ek nak wat camana ..sapa suruh study time2 cam ni?? apapun alhamdullillah..tak ramai orang sanggup akan especially bila dah berada di comfort zone. anyway, I hope all of you will live all of the every second Allah spare on us..till then..sayonara!
sori la..cikgu mmg byk keja apatah lagi bila mengajaq kelas perdana..kena pulun habis-habisan! tup2 satu lagi rezeki Allah nk bagi..I AM PREGNANT you all..hehe..INSYAALLAH, due date nyer bulan Mac 2012..doakan saya ek! ha..right now, time to study balik..alolo..tak sempat nak enjoy puas2 cuti sekolah ni..banyak nk kena cover..maklumla otak dah 31 tahun..banyak yang nak kena brush up! subjects pun boleh tahan heavy.sabaq je la ek nak wat camana ..sapa suruh study time2 cam ni?? apapun alhamdullillah..tak ramai orang sanggup akan especially bila dah berada di comfort zone. anyway, I hope all of you will live all of the every second Allah spare on us..till then..sayonara!
haha..yang ni gambar saya dengan anak buah dan anak lelaki saya..boleh tahan 'sehat'nyer..uminya pun sama jgk..hehe!
tengok betapa bambam nya anak buah saya ni..geram dengan NUR HANNAH DAMIA ni tau! anak buah saya ni dilahirkan dgn cleft lips tapi she is a very strong baby..and now she is recovered and totally THE MOST ADORABLE niece I have!
this is my son yang akan jadi abang tak lama lagi..when visiting his little baby Damia, he will asked his aunt Anne, 'ada tak nasi hospital?' suka sungguh dia dgn nasi hospital tu..padahal adik saya yang berkampung seminggu dah cemuih dgn nasi tu..takpe bila anak saya makan takder lah membazirkan?? hoho..
Thursday, 14 July 2011
my new trial...
Disebabkan banyak sangat stok durian di rumah, saya pun try la buat cheesecake durian. Rasanya yang 100% durian memang membuatkan suami saya makan bertambah-tambah.Senang ja nak buat..nk rasa? boleh mai rumah..hehehe..
Monday, 11 July 2011
aktiviti SK SERI PERDANA
KNOWLEDGE DISCOVERY SPELLING COMPETITION
KOTA SETAR DISTRICT LEVEL
KOTA SETAR DISTRICT LEVEL
yang diadakan di SK KEBUN PINANG pada 10 Julai 2011
Sebelum pusingan pertama bermula, peserta diberikan jamuan
dan tiga orang murid ini wakil SK SERI PERDANA
Antara peserta yang layak pada pusingan pertama
Muhammad Hafiz yang berjaya layak ke pusingan ke dua
Penonton yang serius menanti jawapan yang tepat
Thursday, 7 July 2011
Menjelang Ramadhan Nan Barakah
Haa....tak lama lagi kita umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah dengan 1001 barakah malah, Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 'Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka(puasa) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu Tuhannya.'
Waktu iftar adalah salah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa.Oleh kerana terlalu gembira,kadangkala kita terlupa yang kita telah boros dalam perbelanjaan membeli juadah. Bila sedang lapar,semua nak dimakannya, ya tak?..tapi, amalan membazir kan dilarang Allah sehinggakan Allah menganggap orang yang membazir itu saudara syaitan. Allah berfirman yang bermaksud 'Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya'(Surah al-Isra', ayat 27)
Di sini saya sertakan sedikit tips agar kawan-kawan dapat membarakahkan lagi bulan yang mulia ini.
Mencari keberkatan
1) Baginda Rasullullah SAW menggalakkan kita menyegerakan berbuka tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain.
2) Jika tak ada kurma boleh minum air dulu kemudian tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makanan yang lain.
3) Puasa juga satu latihan praktikal dalam mendidik roh,minda,jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan pada Allah.
4) Selain menahan lapar dan dahaga, erti puasa juga luas iaitu mata,telinga,lidah dan anggota badan lain juga harus 'puasa' agar amalan yang dilakukan tidak sia-sia.
5) Sebenarnya harta kekayaan adalah nikmat kurniaan Allah kepada seseorang dan Allah juga menjadikan kekayaan itu sebgai ujian kepada hamba-Nya.
Hidupkan Ramadhan dengan Al-Quran
1) Lakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan penuh SEMANGAT!
2) Jangan jadikan SIBUK sebagai alasan untuk mengabaikan pelbagai kenikmatan yang Allah janjikan pada bulan ini yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.
3) Melaksanakan qiamullail sekerap mungkin.
4) Membuat sasaran untuk menghafaz atau mengkhatam Al-Quran sebagai salah satu cara mencari rahmatnya.
5) Meningkatkan silaturrahim bersama keluarga dan saudara mara. Maafkan mereka jika ada yang berbuat silap terhadap anda. Cara ini dapat memberi kita ketenangan jiwa.
6) Banyakkan BERSEDEKAH kepada insan yang memerlukan seperti ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan juga jangan lupa KELUARKAN ZAKAT.
7) RINGANKAN KAKI ke MASJID untuk SOLAT FARDHU DAN TERAWIH
8) Perbanyakkan ZIKIR,ISTIGHFAR dan DOA.
Mintak maaf la sikit saja tips yang dapat saya sertakan..tapi, yang penting kawan-kawan dapat sedikit tips untuk menjalani ibadah ini nanti..RAMADHAN AL MUBARAK! Ahlan Wa Sahlan...
Monday, 6 June 2011
sapa nak durian??
Anak saya ni teruja dengan durian. Cuti kami sekolah yang lalu,kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin di Kuala Nerang. Rumah pengantin pula macam dalam dusun durian. Pokok durian tak usah cerita la..atas kepala buah durian berketul-ketul. Geram pun ya! Anak saya apa lagi..cepat aja kutip durian yang jatuh tu. Dalam kereta sibuk menceceh..durian-durian! 2 biji singgit!..dah macam Mail UPIN IPIN pulak..
Subscribe to:
Posts (Atom)